Emomali Rahmon
Emomali Rahmon

Emomali Rahmon

Emomali Sharipovich Rahmonov (Tajik: Эмомалӣ Шарифович Раҳмон atau امامعلی شريفويچ رحمان, Rusia: Рахмон Эмомали Шарипович; juga dikenali sebagai Imamali Rakhmonov dalam kesusasteraan.) (lahir 5 Oktober 1952) telah menjadi Presiden Tajikistan sejak tahun 1994 (dan ketua negara sejak tahun 1992).Dia dilahirkan di dalam keluarga berketurunan patani di Dangara, di wilayah Kulob (Kulyab). Kuasa asalnya datang daripada kedudukannya sebagai pengerusi negeri-negeri di kampung halamannya Dangara, dan pada tahun 1990 dia dilantik menjadi Timbalan rakyat ke Majlis Agung Tajik SSR. Dia dilantik semula menjadi pengerusi Majlis Agung selepas Tajikistan mencapai kemerdekaan pada tahun 1992, selepas perletakkan jawatan pemimpin pro-komunis, Rahmon Nabiev.Pada 6 November, 1994, Rahmon dialntik menjadi Presiden Tajikistan (jawatan yang baru ditubuhkan) dan beliau mengangkat sumpah pada 16 November. Berikutan perubahan perlembagaan, dia dilantik semula pada 6 November 1999 untuk tempoh selama tujuh tahun lagi dengan mendapat 97% undi. Pada 22 Jun 2003, dia sekali lagi memenangi usul referendum untuk berkhidmat selamat tujuh tahun lagi selepas penggalnya akan berakhir pada taun 2006. Pihak pembangkang mendakwa berlakunya penipuan pilihan raya.Rahmon dilantik semula pada 6 November 2006 dengan mendapat 79% undi.[1]Badan eksekutif kerajaan terdiri daripada sebuah Majlis Keselamatan dan lima orang penasihat.Rahmon terselamat daripada satu cubaan bunuh terhadap dirinya pada bulan April, 1997 di samping dua cubaa kudeta pada bulan Ogos 1997 dan November 1998. Dia mengerjakan haji di Mekah pada bulan Mac 1997 dan membaca kitab Gathas, iaitu sebuah kitab ajaran Zoroaster semasa waktu muda. Rahmon berjaya meyakinkan UNESCO supaya mengisytiharkan tahun 2002-2003 sebagai abad ketiga sejak Zoroaster dilahirkan, dan dalam buku tulisannya, The Tajiks in the Mirror of History, dia mendakwa bahawa Zoroaster ialah seorang berketurunan Tajik dari Bactria. Dia mengahwini Azizmo Asadullaeva dan mempunyai sembilan orang anak, tujuh perempuan dan dua lelaki.